Process
Design & build Process
Reka Bentuk & Kontrak Binaan didefinisikan sebagai satu entiti yang menyediakan perkhidmatan reka bentuk serta pembinaan melalui kontrak tunggal antara pemilik dan kontraktor.
Di Cawexo Realty, kami percaya bahawa nilai tambah diperolehi pemilik dalam proses Reka Bentuk dan Binaan kami termasuk jaminan harga (sebelum dan selepas), kualiti dan kepantasan pembinaan serta kebertanggungjawaban yang juga adalah satu sumber serta elemen penting kejayaan kami, selain proses penawaran yang kompetitif dan penekanan kami pada reka bentuk itu sendiri.

Kami menyediakan khidmat konsultasi percuma tanpa komitmen untuk binaan rumah impian anda dengan pelan-pelan contoh rekabentuk rumah menarik yang telah kami sediakan untuk dibincangkan berdasarkan kesesuaian bajet dan kehendak anda

Pelan rumah dilukis mengikut spesifikasi pelan yang telah dipersetujui dan kemudiannya akan disahkan oleh Jurutera Professional sebelum dimajukan ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mendapatkan kelulusan pembinaan di tapak projek.

Pihak kami turut menyediakan khidmat nasihat serta urusan dari sudut proses pinjaman rumah samada melalui pinjaman kerajaan iaitu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) atau pinjaman swasta melalui bank.

Di peringkat pembinaan pula akan diuruskan oleh pihak kami Cawexo Realty selaku kontraktor yang di lantik sehingga urusan pembinaan selesai dan penyerahan kunci serta Sijil Kelayakan Duduk (SKD) kepada pemilik.