Cawexo Realty

PERINGKAT TANDA JADI

Setelah proses viewing selesai dan berpuashati dengan keadaan rumah mahupun lokasi tanah yang ingin dibeli langkah seterusnya adalah meletakkan bayaran wang tanda jadi ataupun kebiasaanya disebut sebagai Booking (Earnest Deposit) yang mana selalunya berjumlah 3.18% (termasuk SST) dari nilai hartanah seterusnya menandatangani Surat Tawaran Beli (OTP). Bayaran wang tanda jadi @booking tersebut dibuat melalui akaun pelanggan peguam yang dilantik sekiranya urusan jualbeli terus melalui pemilik. Sekiranya melalui Agen Hartanah Berdaftar (REN) yang mana berdaftar dengan agensi hartanah bayaran hendaklah dibuat ke akaun pelanggan agensi hartanah tersebut.

Sebelum menandatangani Surat Tawaran Beli (OTP) hendaklah difahami terlebih dahulu klausa-klausa penting yang ada dinyatakan di dalam borang tersebut sebelum menurunkan tandatangan. Antaranya adalah seperti bayaran balik wang tanda jadi, terma Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(EPF) , terma Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) , tempoh jual beli mahupun kelulusan pinjaman. Pastikan terma wang tanda jadi dikembalikan tanpa caj sekiranya urusan pinjaman tidak mendapat kelulusan dari pihak pembiaya. Masukkan juga terma baki deposit 6.82% dibayar setelah pengeluaran KWSP dibuat jika deposit melibatkan pengeluaran KWSP. Wang KWSP kebiasaannya dipindahkan ke dalam akaun pembeli dalam masa 21 hari selepas pembeli membuat permohonan pengeluaran. Selain itu, masukkan juga terma persetujuan pemilik jika pinjaman melalui LPPSA. Proses kelulusan melibatkan LPPSA mengambil masa dan kebiasaannya Pejanjian Jual Beli (SPA) perlu ditandatangani terlebih dahulu sebelum permohonan pinjaman dibuat.

Standard kebiasaan Borang OTP, bayaran baki 90% perlu dijelaskan dalam tempoh 90 hari bekerja kepada pemilik hartanah. Bagi rumah dengan Pegangan Kekal (Freehold) serta hakmilik individu, bayaran penuh dalam tempoh 90 hari bekerja bermula dari tarikh Perjanjian Jual Beli (SPA). Bagi rumah Pegangan Pajakan (Leasehold) dengan hakmilik individu tempoh bayaran penuh 90 hari bekerja bermula dari tarikh kebenaran diperoleh dari Exco Kerajaan Negeri (MB Consent). Bagi rumah dengan Pegangan Kekal (Freehold) @Pegangan Pajakan (Leasehold) dengan Hakmilik (Master) 90 hari bekerja bermula dari tarikh kebenaran daripada pemaju.

Tambahan masa selama 30 hari diberikan sekiranya proses jual beli tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 90 hari bekerja dengan penalti akan dikenakan kepada pembeli. Kadar penalti kebiasaannya adalah berjumlah 8% dikira berdasarkan hari kelewatan dengan formula:

(Hari Lewat/365) x 8% x Harga Jual Beli

Sekiranya urusan tidak dapat juga diselesaikan dalam tempoh tambahan 30 hari, pemilik mempunyai hak untuk membatalkan perjanjian dan melucuthak 10% deposit pembeli. Sehubungan itu, pastikan kelayakan pinjaman disemak terlebih dahulu bagi memastikan kelulusan tidak menganggu tempoh masa jualbeli dan lebih parah dikenakan penalti wang deposit hangus.

Kongsi Info Ini :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top