Cawexo Realty

SEMAK HAKMILIK & TEMUJANJI

Semak maklumat hakmilik hartanah sebelum membuat temujanji. Pastikan individu yang menjual adalah pemilik sebenar yang berdaftar sebagaimana penama yang tercatat di dalam Rekod Ketuanpunyaan Hakmilik serta Status Hakmilik samada Rezab Melayu, Lot Bumi atau Non Bumi. Hartanah berstatus Rezab Melayu hanya membenarkan urusan pindahmilik kepada orang melayu sahaja manakala Status Non Bumi terbuka kepada semua bangsa dan dibenarkan untuk urusan jualbeli dan pindahmilik.

Pastikan memenuhi Syarat Nyata dalam dokumen hakmilik bagi mengelakkan tindakan perundangan di kemudian hari. Semak juga Sekatan Kepentingan samada urusan pindahmilik memerlukan kebenaran pihak berkuasa negeri ataupun tidak. Kaveat adalah sejenis sekatan yang menghalang urusniaga dan memerlukan individu yang mendaftar kaveat menarik balik sekatan atau pembatalan di pejabat tanah.

Temujanji

Buat temujanji bersama pemilik atau perunding hartanah untuk melihat keadaan rumah yang ingin dibeli setelah berpuas hati dengan kriteria hakmilik. Semak kerosakan seperti kebocoran air, kefungsian peralatan atau perpaipan, serangga perosak, kefungsian elektrik, struktur atau kemasan bangunan. Semak juga inventori jika berjanji semasa viewing penjualan rumah bersama dengan sebahagian perabot seperti kabinet dapur dan sebagainya. Kelebihan hartanah subsale dapat kenalpasti kejiranan dari sudut sosial, educated bagus untuk anak-anak. namun subjektif.

Faktor keselamatan persekitaran dari sebarang gangguan samada manusia atau haiwan liar. Kemudahan fasiliti juga penting seperti berhampiran dengan masjid, kedai runcit, sekolah, stesen minyak, klinik atau hospital.

Kongsi Info Ini :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top